Pemerolehan pusat data yang sangat terhubung di Cyberjaya memperluas PlatformDIGITAL® ke salah satu pasaran digital Asia Tenggara yang berkembang dengan paling pesat

Pusat data TelcoHub 1 di Cyberjaya, Malaysia yang baru diperoleh Digital Realty merupakan salah satu hab saling sambung gentian gelap terbesar dalam neggara dengan lebih daripadaa 6,000 teras gentian dan lebih 40 penyedia perkhidmatan rangkaian
AUSTIN, Texas, Jan. 22, 2026 (GLOBE NEWSWIRE) -- Digital Realty (NYSE: DLR), penyedia global terbesar bagi pusat data neutral awan dan pembawa, sewaan lokasi serta penyelesaian saling sambung, hari ini mengumumkan perancangan kemasukannya ke Malaysia melalui pelaksanaan perjanjian untuk memperoleh CSF Advisers, pemilik pusat data TelcoHub 1 yang terletak di Cyberjaya, salah satu hab pusat data yang telah bertapak di Kuala Lumpur Raya. Pengembangan Digital Realty ke pasaran Malaysia memperluas platform Asia Tenggaranya serta mengukuhkan komitmennya untuk menyokong keperluan infrastruktur digital yang semakin berkembang di rantau ini.
TelcoHub 1 ialah pusat data operasi berkapasiti 1.5 megawatt yang dianggap sebagai salah satu hab saling sambung gentian gelap terbesar di Malaysia, dengan lebih daripada 6,000 teras gentian serantau dan jarak jauh yang dibawa ke kemudahan ini. Ia juga merupakan antara pusat data yang paling padat rangkaiannya, menempatkan lebih 40 penyedia perkhidmatan rangkaian, termasuk akses kepada platform utama seperti AWS, Google, MY IX dan DE-CIX ASEAN, menurut peeringdb.com. Seiring dengan TelcoHub 1, Digital Realty turut bersetuju untuk memperoleh tanah bersebelahan yang mampu menyokong sehingga 14 megawatt beban IT, sekali gus menyediakan kapasiti yang sesuai untuk pengembangan pada masa hadapan.
Pengambilalihan ini dijangka dimuktamadkan pada separuh pertama tahun 2026, tertakluk pada syarat penutupan lazim.
Selepas ini, kampus Malaysia akan diintegrasikan dalam PlatformDIGITAL®, platform pusat data global Digital Realty, yang membolehkan pelanggan mengerahkan infrastruktur dalam persekitaran yang konsisten, selamat dan saling sambung, sejajar dengan peningkatan skala beban kerja digital dan dipacu AI. Digital Realty merancang untuk memperkenalkan penyelesaian saling sambung dan perancangannya, ServiceFabric®, ke kampus tersebut, bagi menyediakan ketersambungan global serta fleksibiliti yang lebih tinggi kepada pelanggan untuk mengurus infrastruktur digital mereka di seluruh rantau ini.
Kedua-dua keupayaan ini menambah kelebihan sedia ada CSF dan meningkatkan keupayaan Digital Realty untuk menampung pelanggan tempatan serta organisasi yang mempunyai jejak serantau berasaskan Singapura, dengan menawarkan kapasiti dan ketersambungan pelengkap merentas Asia Tenggara.
“Malaysia memainkan peranan yang semakin penting dalam ekosistem digital rantau ini apabila pensakala hiper, perusahaan dan platform meningkatkan skala operasi dan keperluan infrastruktur berkembang ke arah daya tahan, saling sambung dan kesiapsiagaan yang lebih tinggi untuk menampung beban kerja yang lebih kompleks,” kata Serene Nah, Pengarah Urusan dan Ketua Asia Pasifik, Digital Realty. “Kemasukan kami ke Malaysia akan membawa platform global, kepakaran operasi dan pendekatan pelaburan jangka panjang kami ke pasaran tempatan, menyokong aspirasi digital negara serta membantu membentuk cara infrastruktur serantau dibangunkan untuk masa hadapan.”
Setelah pemerolehan selesai, Billy Lee, Pengerusi dan Ketua Pegawai Eksekutif CSF Advisers, bersama pasukan kepimpinan tempatan serta lebih daripada 40 orang profesional berkemahiran akan menyertai Digital Realty. Gabungan kepakaran mereka akan menjadi pemangkin penting dalam menyokong asas pelanggan CSF yang pelbagai, merangkumi perusahaan, awan dan penyedia perkhidmatan digital. Digital Realty merancang untuk mengembangkan pasukan tempatan secara berperingkat bagi menyokong pertumbuhan dan skala operasi masa hadapan.
“Malaysia kini berada dalam fasa peningkatan skala yang berterusan bagi infrastruktur digital, dengan jumlah kapasiti pusat data diunjurkan meningkat daripada 1.26 gigawatt pada tahun 2025 kepada 2.53 gigawatt menjelang 20301. Pengembangan berterusan ini didorong oleh peningkatan permintaan terhadap perkhidmatan awan, pecutan AI, infrastruktur ketersambungan yang kukuh serta dasar kerajaan yang menyokong,” kata Lee. “Kami berbesar hati untuk menyertai Digital Realty dan berharap pengambilalihan ini akan meningkatkan penyelesaian ketersambungan kami untuk pelanggan kami, menyokong pembangunan bakat tempatan, serta menyumbang kepada ekosistem infrastruktur digital Malaysia yang semakin matang.”
Kemasukan Digital Realty ke Malaysia akan menggariskan komitmen pelaburan jangka panjangnya di negara ini serta mengukuhkan lagi kedudukan Malaysia sebagai lokasi yang berwibawa bagi infrastruktur digital saling bersambung, selamat dan bersedia dari segi kedaulatan, yang berkhidmat untuk Asia Tenggara. Kemampanan akan menjadi tumpuan utama, dengan Digital Realty bekerjasama dengan kerajaan Malaysia dan pihak berkepentingan industri bagi menyokong keutamaan digital nasional serta memajukan amalan pusat data cekap tenaga, selaras dengan peraturan tempatan dan matlamat alam sekitar jangka panjang.
Pengembangan Digital Realty ke Malaysia akan dibina berasaskan kehadirannya yang sudah bertapak di Asia Tenggara, iaitu di Singapura dan Jakarta. Syarikat akan terus menilai peluang untuk memperluas kapasiti, keupayaan dan perkongsian di rantau ini, sejajar dengan strategi serantau umumnya.
Perihal Digital Realty
Digital Realty menghubungkan syarikat dan data dengan menyediakan rangkaian lengkap penyelesaian pusat data, sewaan lokasi dan saling sambung. PlatformDIGITAL®, platform pusat data global syarikat tersebut menyediakan ruang pertemuan data yang selamat serta metodologi penyelesaian Pervasive Datacenter Architecture (PDx®) yang terbukti kepada pelanggan, bagi memacu inovasi daripada transformasi awan dan digital hingga teknologi baharu seperti kecerdasan buatan (AI), serta mengurus cabaran Graviti Data secara cekap. Digital Realty memberikan pelanggan akses kepada komuniti data bersambung yang penting kepada mereka, dengan jejak pusat data global yang merangkumi lebih daripada 300 kemudahan di lebih 50 metro merentas lebih 25 negara di enam benua. Untuk mengetahui lebih lanjut tentang Digital Realty, sila lawati digitalrealty.com atau ikuti kami di LinkedIn dan X.
Untuk Maklumat Tambahan
Hubungan Media
Joyce Ng
Digital Realty
jong@digitalrealty.com
Hubungan Pelabur
Jordan Sadler / Jim Huseby
Digital Realty
+1 415 275 5344
InvestorRelations@digitalrealty.com
Kenyataan Safe Harbor
Siaran media ini mengandungi kenyataan berpandangan hadapan yang berdasarkan jangkaan, ramalan dan andaian semasa yang melibatkan risiko dan ketidakpastian yang boleh menyebabkan hasil dan keputusan sebenar berbeza secara material, termasuk kenyataan berkaitan dengan PlatformDIGITAL®, pemerolehan CSF Advisers oleh syarikat, strategi syarikat, permintaan pelanggan serta jangkaan bagi rantau Asia Pasifik dan matlamat kemampanan. Untuk senarai dan perihalan risiko serta ketidakpastian, sila rujuk laporan dan pemfailan lain oleh syarikat dengan Suruhanjaya Sekuriti dan Bursa Amerika Syarikat. Syarikat menafikan sebarang niat atau kewajipan untuk mengemas kini atau menyemak semula sebarang kenyataan berpandangan ke hadapan, sama ada akibat maklumat baharu, peristiwa masa hadapan atau sebaliknya
1 Data daripada laporan Persatuan Pusat Data Asia Pasifik (Julai 2025)
Foto yang mengiringi pengumuman ini boleh didapati di https://www.globenewswire.com/NewsRoom/AttachmentNg/b4f92da6-3511-4448-9c63-51d1b3f92f6f