Syarikat tersebut akan mempamerkan suite asli awan modennya untuk penanggung insurans
LONDON, Jan. 24, 2025 (GLOBE NEWSWIRE) -- Duck Creek Technologies, sebuah penyedia penyelesaian pintar global yang mentakrifkan semula masa depan insurans hartanah dan kasualti (P&C) serta insurans am akan menyertai rakan niaga dan peneraju industri di ITC London yang berlangsung pada 27-28 Januari di The Brewery di London.
Selain pameran, Pengarah Seni Bina Penyelesaian Duck Creek, Matt Priestley akan mempengerusikan satu perbincangan meja bulat bertajuk “Meramal Masa Depan Insurans Komersial” yang akan menumpukan pada inovasi dan gangguan besar seterusnya bagi penanggung insurans. Perbincangan meja bulat ini akan berlangsung pada Isnin, 27 Januari, dari jam 3:00 petang hingga 4:00 petang di Bilik Lower Sugar.
Dalam acara tersebut, Duck Creek akan turut berkongsi maklumat tentang cara teknologi syarikat itu membantu syarikat insurans membayangkan semula insurans untuk era digital. Dengan keupayaan berbilang geografi dalam satu kes, termasuk berbilang mata wang dan komunikasi berbilang bahasa, Duck Creek Suite memberikan nilai kepada syarikat insurans yang menyediakan perkhidmatan kepada pelanggan di seluruh dunia. Suite penyelesaian berasaskan awan yang komprehensif daripada syarikat tersebut menyelaraskan operasi untuk mempertingkatkan pengalaman pelanggan dan mempercepatkan transformasi digital. Para hadirin dijemput untuk melawat Duck Creek di reruai #2 untuk mengetahui lebih lanjut mengenai penyelesaian Duck Creek:
“Inovasi teknologi mengubah cara syarikat insurans melaksanakan perlindungan dan Duck Creek menerajui transformasi itu,” kata Elodie Hilderal, Pengarah Urusan EMEA di Duck Creek Technologies. “Peluang untuk mempamerkan produk kami dan berinteraksi dengan peneraju industri di ITC London mengenai kemajuan teknologi dan arah aliran industri yang memuncul membolehkan kami membantu pelanggan memikirkan semula perkara yang mungkin berlaku apabila mentakrifkan semula operasi perniagaan untuk era moden.”
Pakar Duck Creek turut bersedia untuk mengadakan pertemuan bersemuka sepanjang acara itu. Untuk menjadualkan pertemuan dengan Duck Creek di ITC London, layari: Pautan Tempahan.
Perihal Duck Creek Technologies
Duck Creek Technologies merupakan penyedia penyelesaian pintar yang mentakrifkan masa depan industri insurans hartanah dan kasualti (P&C) serta insurans am. Kami merupakan platform yang membolehkan sistem insurans moden dibina, yang membolehkan industri memanfaatkan kuasa awan untuk menjalankan operasi yang tangkas, pintar dan malar hijau. Ketulenan, tujuan dan ketelusan menjadi teras Duck Creek dan kami percaya insurans seharusnya tersedia untuk individu dan perniagaan pada bila-bila masa, di mana-mana dan dalam apa-apa jua cara. Penyelesaian peneraju pasaran kami tersedia secara kendiri atau sebagai pakej lengkap dan semuanya tersedia melalui Duck Creek OnDemand. Layari www.duckcreek.com untuk mengetahui lebih lanjut. Ikuti Duck Creek di saluran sosial kami untuk mendapatkan maklumat terkini – LinkedIn dan X.
Hubungan Media:
Tara Lefave Stred/Marianne Dempsey
duckcreek@threeringsinc.com